SRI Aman Wakaf Baru terima sumbangan Tabung Bencana Banjir IKRAM-MUSLEH

 

Pada 4 April 2015 baru-baru ini, Prof Dr. Omar yaakob, Pengerusi Lembaga Pengarah IKRAM-MUSLEH serta Tn. Hj Mohd Shah, Pengurus Kanan (Dana & Komunikasi) IKRAM-MUSLEH telah menziarahi Sek Rendah Islam Aman Wakaf Baru yang menerima sebahagian dari dana kutipan Tabung Bencana Banjir IKRAM-MUSLEH.

 Alhamdulillah sekolah ini telah hampir pulih sepenuhnya. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang budiman yang sudi menghulurkan bantuan dana yang turut disalurkan kepada Guru dan Kaki tangan sekolah yang terjejas akibat banjir. 

tbbim2

 

Surat Dr Mursi dari penjara untuk rakyat Mesir

Wahai bangsa yang bangkit mendukung revolusi yang teguh berdiri, Allah telah tentukan revolusi kita yang diberkati, iaitu Revolusi 25 Januari (2011) menghadapi pelbagai kesukaran hingga ke kemuncaknya. Namun Allah telah sediakan untuknya rijal-rijal (wira-wira) yang sebenarnya. Wira-wira yang terdiri dari lelaki dan wanita. Mesir berbangga dengan mereka di hadapan seluruh umat di dunia.