Perbincangan Meja Bulat Insan Rabbani dalam Konteks PAK21

22 Mac, Kuala Lumpur- Alhamdulillah, telah berlangsung satu sesi Perbincangan Meja Bulat Insan Rabbani dalam Konteks Pendidikan Abad Ke-21 di Hotel Putra, Kuala Lumpur hari ini.

Para pembentang kertas kerja adalah Prof. Madya Dr. Ajmain @ Jimaain Safar (Kupasan Mengenai Pentakrifan Insan Rabbani), YBhg. Ustaz Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad (Contoh-contoh Insan Rabbani Dari Sudut Sejarah dan Kontemporari) dan Prof Dato' Dr Ab Halim Tamuri (Insan Rabbani dalam Konteks Abad ke21 dan Seterusnya).

Turut hadir dalam sesi perbincangan berkenaan adalah Dr Noor Azlan Ahmad Zanzali, Prof Dr Rosnani Hashim, Prof Dr. Mohamed Hatta Shaharom, Prof Zainal Abidin Kidam, Dr Maszlee Malik, Ustazah Maznah Daud, Ustazah Arpah Abdul Wahab, Ustaz Abd Muhaimin Mohammad Shahar, Dr Khodori Ahmad dan Ustaz Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor.

Secara umumnya, perbincangan merumuskan bahawa pentakrifan Insan Rabbani perlu dimurnikan dengan mengambil kira konteks Pendidikan Abad Ke-21 (PAK21) dan 10 muwassofat muslim anjuran Imam Hassan al-Banna sebagai teras. Perbincangan seterusnya akan diadakan dalam masa terdekat melibatkan pemegangtaroh-pemegangtaroh utama pendidikan IKRAM, insya-Allah.