MINDA IKRAM-MUSLEH #2: PENDIDIKAN ISLAM DALAM RANGKA MEMPERLUAS AKSES & EKUITI SERTA PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN

MINDA IKRAM-MUSLEH #2: PENDIDIKAN ISLAM DALAM RANGKA MEMPERLUAS AKSES & EKUITI SERTA PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN

Akses dan ekuiti merupakan salah satu anjakan utama dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, manakala pendemokrasian pula merupakan teras sistem pendidikan negara.

2. Kita berpandangan bahawa pendemokrasian, akses dan ekuiti harus juga melibatkan sekolah-sekolah agama dan sekolah-sekolah swasta yang tidak berorientasikan keuntungan. Ini adalah kerana mereka juga terlibat dalam membantu kerajaan menyediakan modal insan yang seimbang dan harmonis demi pembangunan negara.

3. Oleh itu sekolah-sekolah agama dan sekolah-sekolah swasta yang tidak berorientasikan keuntungan perlu dianggap sebagai sistem pelengkap (complementary) yang perlu digalakkan dan diberikan peruntukan modal per kapita dan bantuan buku teks yang adil daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

4. Sekolah-sekolah ini juga perlu diberi taraf “pengecualian cukai” di mana ibubapa yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah ini dibenarkan memohon pengecualian cukai bagi yuran yang mereka bayar untuk pendidikan anak-anak mereka.

Profesor Dr Omar Bin Yaakob 
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan 
Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM)